MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PA SRI JOHOR

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2021 – Telah berlangsung Sesi Penyerahan Surat Tawaran Kepada Mangsa Kebakaran di PA Sri Johor yang bertempat di Dewan Blok 29 PA Sri Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL.

Pada19 Disember 2021 sebanyak 8 buah rumah di perumahan awam tersebut telah hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di kawasan terbabit. Kesemua mangsa kini ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Blok 29 PA Sri Johor.

Sebanyak 7 buah keluarga telah ditawarkan penyewaan rumah di PA Sri Johor sementara sebuah keluarga ditawarkan di PA Sri Sabah. Kesemua mangsa juga diberikan bantuan RM 500 bgi setiap keluarga. Turut hadir bersama adalah YBhg Datuk Rajah Symon, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.

 

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …