LAWATAN MKN NEGERI JOHOR KE GALERI DARURAT BUKIT KEPONG, MUAR

MUAR, Oktober 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar. Di samping tujuan lawatan bagi mengenang kembali jasa anggota yang berjuang mempertahankan tanah air, program tersebut juga adalah bagi mengeratkan jalinan ukhuwah menerusi sesi ramah mesra antara pihak Jabatan dan warga kerja Balai Polis Bukit Kepong. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah ahli Southern Volunteers Daerah Muar.

Galeri Darurat Bukit Kepong yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor pada 23 Februari 2017 menyimpan pelbagai khazanah berkaitan Tragedi Bukit Kepong sejak 70 tahun lalu. Peristiwa serangan komunis yang telah mengorbankan 25 anggota pasukan keselamatan termasuk anggota keluarga mereka. Terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Muar galeri ini dibina bagi menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota polis yang berjuang bermati-matian dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.

Al-Fatihah

UNTUk semua arwah pejuang-pejuang Polis

yANG terkorban DALAM PERISTIWA Bukit Kepong BAGI mempertahan negeri Johor/negara Malaysia

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …