TANGKAK, 29 November 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama pemimpin setempat di kawasan Bukit Gambir, Tangkak telah menganjurkan Program Jalinan Mesra MKN Negeri Johor Bersama Komuniti. Program Komuniti yang dianjurkan adalah berbentuk program pengisian minyak percuma kepada komuniti setempat. Selain memanjangkan inisiatif bantuan kerajaan, program tersebut juga menjadi platform bagi jabatan untuk mendekati dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.
Alhamdullilah.. Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Jalinan Mesra MKN Negeri Johor Bersama Komuniti.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#BerdiriBersamaJohor
#KitaJagaKita
#MalaysiaPrihatin
#KeluargaMalaysia
Sumber gambar: MKN Negeri Johor