HUBUNGAN ERAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIPERKASAKAN

SHAH ALAM 12 November 2021 – YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah Keselamatan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Amirudin Shari Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim Setiausaha Kerajaan Negeri bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama lebih setengah jam ini,  pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan pengurusan COVID-19, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) dan isu-isu keselamatan khususnya yang melibatkan negeri Selangor.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada YAB Menteri Besar Selangor serta pentadbiran kerajaan Negeri Selangor di atas kesudian menerima rombongan  dari Majlis Keselamatan Negara, semoga ukhwah kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan bagi mendepani cabaran-cabaran keselamatan di negeri Selangor.

 

       

.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …