LAWATAN MUHIBBAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PDRM PULAU PINANG DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Pulau Pinang, 29 Oktober 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) telah melaksanakan Lawatan Muhibah dan Penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Tengah pada 28 Oktober 2021.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi keselamatan di daerah. Lawatan ini turut diadakan bagi menghargai agensi-agensi barisan hadapan peringkat daerah dan memberi sokongan dan motivasi kepada mereka dalam menjalankan tugas-tugas pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa.

#MKN50

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …