KES PENYALAHGUNAAN IDENTITI ORANG LAIN DALAM APLIKASI MYSEJAHTERA BAGI TUJUAN VAKSINASI COVID-19

PolisKL, 15 September 2021 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah menerima dua laporan polis daripada Sukarelawan MyVAS dari dua buah Pusat Pemberian Vaksin berkenaan kes penyalahgunaan identiti orang lain dalam aplikasi MySejahtera bagi tujuan vaksinasi Covid-19. Hasil semakan mendapati terdapat perbezaan identiti antara butiran dalam aplikasi MySejahtera dan kad temujanji vaksinasi Covid-19 yang dikemukakan oleh saspek. Siasatan lanjut mendapati saspek telah mendapatkan suntikan di salah satu Pusat Pemberian Vaksin dengan mendaftarkan identiti orang lain di dalam aplikasi MySejahtera.

Bertindak ke atas maklumat, dua warganegara asing yang terlibat di dalam kes ini telah berjaya ditangkap. Pada 15 September 2021, kedua-dua tangkapan telah dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. Tiada jamin ditawarkan kepada tertuduh dan sebutan semula kes pada 25 Oktober 2021.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera tampil menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan kes penyalahgunaan identiti orang lain bagi tujuan mendapatkan vaksinasi Covid 19.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan,hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut