Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Dewan Taklimat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM. Majlis ini telah dihadiri oleh 298 warga MKN dan 16 pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lafaz Ikrar Bebas Rasuah MKN, JPM telah diketuai oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta barisan pegawai SPRM yang hadir.

YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, TKP SPRM menyaksikan lafaz ikrar MKN, JPM yang diketuai oleh YBhg. Jen. Tan Sri KPKN.

 Sesi Bacaan Ikrar turut disertai oleh semua warga MKN, JPM.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan komitmen dalam menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.

Ikrar Bebas Rasuah merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SPRM dengan memberi penekanan kepada Ikrar dan Janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu, untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan tersebut.

Selain daripada sesi bacaan ikrar, majlis turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen IBR oleh YBhg. Jen. Tan Sri KPKN sebelum menyerahkan dokumen tersebut kepada YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, TKP SPRM.

Sesi Menandatangani Dokumen IBR dan Penyerahan Dokumen IBR oleh YBhg. Jen. Tan Sri KPKN kepada YBhg. Dato’ TKP SPRM 

 Para hadirin menunjukkan simbol Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH)

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …