SEMARAK MERDEKA : PEJABAT PENERANGAN DAERAH SEREMBAN SEMAI SEMANGAT PATRIOTIK

SEREMBAN – Sebagai tanda kasih sayang dan cinta terhadap negara terutama menjelang Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini, setiap rakyat Malaysia haruslah mengibarkan Jalur Gemilang lambang kemegahan negara di premis-premis perniagaan dan pejabat, kenderaan mahupun di rumah masing-masing.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban Puan Fauziah Abdullah, menjiwai dan mempunyai rasa dan kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ada dalam hati rakyat setiap rakyat Malaysia tanpa mengira masa dan tindakan itu seharusnya lebih meriah pada bulan kemerdekaan.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara, lambang kewujudan serta kedaulatan negara.

“Kita seharusnya menzahirkan perasaan gembira dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan mengibarkan Jalur Gemilang tanda sayangkan negara,” katanya yang ditemui dalam program hebahan jabatan itu.

Kredit : Pejabat Penerangan daerah Seremban

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …