



Sekitar Lawatan YDH Dato’ Ketua Polis Negeri Sembilan ke lokasi PKPD di 4 lokaliti dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan pada 22 Julai 2021, jam 12 tengahari. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Polis Daerah Rembau, Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Rembau, Pegawai Pemerintah 2 KAD (Kor Armor DiRaja), Port Dickson dan Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Rembau serta pegawai-pegawai daripada agensi-agensi berkaitan.
Sebanyak 1,219 buah rumah dan 4,489 orang penduduk terlibat dalam PKPD ini yang membabitkan Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Sedia Raja dan Taman KSNS bermula 19 Julai hingga 1 Ogos 2021. Setakat hari keempat pelaksanaan PKPD ini, keadaan semasa adalah terkawal dan penduduk terlibat didapati mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa.



