KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2021 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Zahidi Zainul Abidin hari ini telah turun padang menyertai team Jabatan Penerangan WPKL dalam tugasan melaksanakan hebahan #InfoOnWheels sekitar Parlimen P.119 Titiwangsa.
Kawasan yang terlibat :
- Jalan Pahang Barat (bersama YBTM)
- Sekitar Pekeliling Business Centre (bersama YBTM)
- Sekitar KPJ Tawakkal Jalan Pahang
- Koperasi Tentera
- Sekitar Jabatan Penguatkuasa DBKL
- Jalan Sarikei
Kerjasama Strategik :
- Persatuan Rakan Media Prihatin
- Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur & Selangor
Fokus Penyampaian Maklumat :
- Pelanjutan pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara
- Kempen Putuskan Rantaian COVID-19
YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada pengamal media sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha sebagai tanda menghargai jasa rakan-rakan media yang juga merupakan sebahagian petugas barisan hadapan.
Sumberlย https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL