PENGOPERASIAN PPV DEWAN MILLENIUM DAN PPV PUSAT KONVENSYEN PERDA MEMATUHI SOP

Pulau Pinang, 20 Julai 2021- Pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium dan PPV Pusat Konvesyen PERDA pada 19 Julai 2021. Hasil pemantauan mendapati kedua-dua PPV ini mematuhi SOP dengan baik. Orang ramai dinasihati agar tidak hadir ke PPV jika tiada temu janji bagi mengelakkan kesesakan.

Dalam perkembangan lain, satu lawatan tapak turut dilaksanakan di Dewan Beng Hock Sean Siah, Tasek Gelugor. Anggaran kapasiti bagi suntikan di PPV ini kelak adalah sebanyak 500 suntikan setiap hari.

#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersama

         

Artikel/Berita Terkini

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …