TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) MEGA MID VALLEY SOUTHKEY, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 18 Julai 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Mega Mid Valley Southkey, Johor Bahru yang akan mula beroperasi pada 19 Julai 2021 (Isnin). PPV ini terletak di tingkat 3, Bangunan Mid Valley Southkey, Johor Bahru (berhadapan dengan Restoran Kim Gary). PPV Mega ini mampu menyediakan sehingga 5,000 suntikan sehari. Walau bagaimanapun, dijangkakan sebanyak 2,200 suntikan akan diberikan kepada orang awam secara harian.

YAB Menteri Besar Johor turut telah sudi meluangkan masa untuk meninjau keadaan dan menyantuni para petugas barisan hadapan di Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada hari ini.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …