IOW JAPEN WPKL @ PKPD APARTMENT SRI RAKYAT, BUKIT JALIL

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2021 – #InfoOnWheels oleh Jabatan Penerangan WPKL telah dilaksanakan di sekitar Kawasan PKPD Apartment Sri Rakyat (Blok A, B & C), Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Mazlan bin Lazim bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Dato’ Azmi bin Abu Kassim telah turun padang melawat SUBTEK PKPD Apartment Sri Rakyat bagi membuat tinjauan penugasan serta kawalan keselamatan PDRM di sini.

Di samping itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah menyumbangkan barang makanan kering untuk diedarkan kepada penduduk Apartment Sri Rakyat yang terjejas dengan pelaksanaan PKPD di kawasan perumahan ini. Turut hadir pada sesi penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Daud Bakar dan Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Mohd Ajib Ismail.

Fokus penyampaian maklumat :

  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 11 Julai hingga 24 Julai 2021
  • Nasihat kesihatan KKM
  • Pembelian dan penghantaran makanan atau barangan keperluan asas secara atas talian
  • Penularan Variant of Concern (VOC) dalam komuniti

 

 

 

#ApartmentSriRakyat

#PerintahKawalanPergerakanDiperketatkan

#EnhancedMovementControlOrder

#PKPD

#EMCO

#KitaJagaKita

#KitaMestiMenang

#MenangBersama

#NormaBaharu

#COVID19

#KLCeria

#CMSWPKL

Sumber: https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …