OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 DI KAWASAN MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM (MDSR) DAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG (MPK), JOHOR BERSAMA JABATAN/AGENSI KERAJAAN

KLUANG, 6 Julai 2021 – Seramai 12 orang pegawai & anggota yang terdiri daripada 2 MPK, 3 MDSR, 2 KKM, 2 CIDB dan 3 orang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, telah terlibat dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Operasi tertumpu kepada pemeriksaan Sektor Pembinaan dan rantaiannya yang beroperasi dalam sektor-sektor perlu (essential) di kawasan MDSR dan MPK, Johor.

Lima (5) buah syarikat/ kontraktor telah diperiksa semasa operasi dijalankan dan sebanyak enam (6) kompaun dan empat (4) notis telah dikeluarkan oleh pihak KKM, CIDB dan PBT.

Secara keseluruhannya, Operasi Bersepadu Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Operasi bersepadu seperti ini akan terus dilaksana, bagi meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar:
Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …