OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SOP PKP 3.0 KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPA) / BAS KILANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TEBRAU, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 21 Jun 2021 – Satu operasi bersepadu melibatkan pegawai dan penguatkuasa daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor dan Pegawai Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan di kawasan Perindustrian Tebrau. Operasi pematuhan ini tertumpu kepada pematuhan SOP bagi kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan bas / van kilang di sekitar kawasan Perindustrian Tebrau. Operasi dijalankan bermula daripada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Beberapa kompaun telah dikeluarkan atas beberapa kesalahan melanggar SOP yang berkuatkuasa. Operasi ini telah diketuai oleh Pengarah JPJ Johor YBrs Tuan Azmil bin Zainal Adnan.

Pihak JPJ Negeri Johor akan komited dalam meneruskan operasi bersepadu sebegini bagi memastikan pematuhan orang ramai terutamanya pemain industri sektor perindustrian mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa.

Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor
     

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …