TINJAUAN KE PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) DI PKPD FELDA REDONG 1, MUKIM LABIS, SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 15 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) berkesempatan meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) FELDA Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor yang telah dilaksanakan dari 27 Mei dan dilanjutkan sehingga 23 Jun 2021.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang tanpa jemu menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memastikan kelancaran PKPD Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor.

Semoga semua penduduk terus mematuhi arahan petugas dari semasa ke semasa dan semoga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

 
 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut