FASA 2 PROGRAM IMUNISASI COVID19 KEBANGSAAN (PICK) PERAK KINI BERMULA

IPOH,24 April 2021 – Fasa 2 Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) telah bermula di beberapa daerah utama iaitu di Kinta, Manjung serta Larut Matang dan Selama.

Fasa 2 yang dilaksanakan ini menyasarkan kepada warga emas serta golongan OKU dalam usaha negara untuk mencapai imuniti kelompok.

Hasil lawatan yang dijalankan di Stadium Indera Mulia, Ipoh yang menjadi lokasi utama PPV di Kinta mendapati rata-rata penerima vaksin pada hari ini menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan diatas pelaksanaan program ini.
Selain itu, kebanyakan daripada mereka turut memuji perkhidmatan yang disediakan di PPV ini.Tahniah dan syabas kepada semua para petugas.

     

 

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …