AMALAN NORMA BAHARU : MKN N.SEMBILAN DEKATI PENIAGA

   

Nilai, 26 April – MKN N.Sembilan hari ini melalui pegawai penugasan semula, telah bergerak ke lokasi bertempat di Pusat Perniagaan Nilai bagi mendekati para peniaga disitu. Kehadiran tim ini adalah bagi menjelaskan mengenai Amalan Pembudayaan Norma Baharu sekaligus dapat mendidik peniaga mengenai amalan yang telah menjadi sebahagian daripada rutin hidup masyarakat di seluruh dunia.

Dalam kunjungan secara ringkas ini , tim jua turut menerangkan mengenai kepentingan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan rasa terima kasih atas kehadiran tim dalam memberikan penjelasan serta mereka juga dapat bertanya mengenai kemusykilan yang di hadapi.

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …