TAKLIMAT KESELAMATAN KEPADA WAKIL RAKYAT

KOTA KINABALU, 3 MAC: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Program Taklimat Keselamatan kepada Wakil Rakyat Negeri Sabah (Program Vaksinasi Kebangsaan) di Sabah International Convention Centre (SICC).

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah bagi menyalurkan informasi tepat kepada wakil rakyat sebagai wakil masyarakat dalam menangani isu mutakhir di negeri ini.

Pertama, perkembangan situasi keselamatan di negeri Sabah yang sentiasa dinamik, terutamanya ancaman dari dalam dan luar negeri. Dengan adanya komunikasi antara pasukan keselamatan di lapangan bersama pemimpin masyarakat, diharapkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri Sabah sentiasa terjamin.

Kedua, Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) yang telah bermula pertengahan Februari sedang menggapai momentum sehinggalah Fasa ke 3 yang dijadualkan pada Februari 2022. Oleh yang demikian, dengan adanya penjelasan mengenai perjalanan PICK ini, kesedaran di kalangan rakyat dapat dipupuk agar vaksinasi dapat dicapai pada kadar 80% di hujung program ini.

Ketua Menteri dalam ucapannya berpesan kepada wakil rakyat agar cakna tentang isu semasa keselamatan secara first hand info agar maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat. Politik perlu seiring dengan perjuangan kepada pemantapan ekonomi negeri Sabah. Negeri Sabah yang indah dan kaya dengan khazanah alam yang menakjubkan perlu dilindungi kelestariannya untuk warisan anak cucu kita nanti.

Sabah yang berada di lokasi yang amat strategik iaitu di tengah tengah Asean, menyebabkan Negeri Sabah menjadi tarikan utama Pendatang Tanpa Izin kerana ekonomi yang Makmur dan pesat. Justeru Sabah tidak pernah sunyi daripada ancaman PATI, pengganas dan penculik dan juga tumpuan Negara Filipina untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Maka sebab itulah pengkalan tentera laut, udara dan ESSCOM amat diperlukan seiring fungsi mereka untuk menjaga kedaulatan negeri Sabah daripada ancaman-ancaman ini terutamanya di sepanjang garis sempadan Negeri Sabah yang amat luas.

Kerajaan Negeri Sabah juga memberi jaminan bahawa agihan vaksin akan dipercepat dan diperluaskan kepada seluruh Rakyat negeri Sabah demi membendung wabak COVID19 di negeri ini. Syabas kepada wakil-wakil rakyat yang hadir kerana telah membuktikan komitmen mereka demi rakyat. Diharap sinergi di antara Menteri, Wakil Rakyat dengan penjawat awam ini dapat digemblengkan demi kebaikan dan faedah kepada rakyat.

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kejuruteraan …
Maklumat Lanjut

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa …
Maklumat Lanjut