KAMI TERUS PEDULI KESELAMATAN WARGAKOTA!

KUALA LUMPUR, 28 JANUARI 2021Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi nyahkuman di dua kawasan perumahan awam iaitu di PPR Pekan Kepong dan PA Seri Melaka, Cheras.

Operasi ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS), Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB), Persatuan Penduduk dan penduduk kedua-dua kawasan perumahan tersebut.

Tumpuan operasi sanitasi ini adalah di kawasan ruang gunasama seperti di bawah blok kediaman, pondok santai, dewan, tabika, surau, taman permainan, hentian bas, taska dan pejabat kecil perumahan.

 

 

Persatuan penduduk dan penduduk juga telah diberikan penerangan dan tunjukajar mengenai kaedah sanitasi yang betul bagi membolehkan mereka melaksanakan sanitasi dari semasa ke semasa.

Penglibatan penduduk dalam menangani pandemik ini adalah amat dihargai kerana usaha ini adalah merupakan usaha bersama.

 

Kami terus jaga anda dan kita terus jaga kita!

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber : https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …