PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP DI GURNEY MALL

Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas beberapa premis yang beroperasi di dalam bangunan Gurney Mall, Keramat untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan. Tinjauan pada kali ini tertumpu kepada operasi premis mengikut kelulusan pengoperasian yang ditetapkan di dalam SOP PKP 2.0 dan tahap pematuhan pengunjung/pelanggan yang hadir ke premis berkenaan.

Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, tim pematuhan mendapati premis-premis yang telah dipantau ini mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan seperti berikut:

1) Pemeriksaan suhu pengunjung yang masuk ke premis;

2) Buku daftar masuk/mysejahtera QR code scanner;

3) Penyediaan hand sanitizer;

4) Penggunaan pelitup separuh muka;

5) Penjarakan sosial (social distancing);

6) Membuat sanitasi secara berkala ke atas premis serta peralatan yang digunakan; dan

7) Membuat label/penandaan bagi memastikan pengunjung faham serta mematuhi setiap SOP yang digariskan

Rata-rata pengunjung/pelangan yang yang hadir ke premis-premis ini juga dilihat menunjukkan pematuhan yang memuaskan ke atas setiap SOP yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat segelintir kecil warga asing yang mengunjungi pusat beli belah ini tidak mengenakan pelitup muka. Keadaan ini merupakan suatu situasi yang membimbangkan di mana berlakunya segelintir individu yang tidak mematuhi SOP dan ketidakpekaan pihak pengurusan premis dalam memastikan setiap pengunjung/ pelanggan untuk mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.

 

Kurangnya kesedaran segelintir individu tentang kepentingan penjarakkan sosial juga dilihat berlaku di sesetengah premis penjualan makanan.

Semasa tinjauan dilaksanakan didapati keadaan pusat beli belah ini agak lengang (kurang pengunjung). Keadaan tersebut juga diakui oleh pemilik premis-premis yang beroperasi dan sekaligus menjejaskan jumlah pendapatan yang mereka perolehi. Sesetengah premis juga terpaksa mengurangkan atau menggilirkan pekerja mereka kerana kurangnya jumlah pelanggan dan kurangnya jumlah pendapatan/keuntungan ini. Keadaan ini menunjukkan sokongan masyarakat serta peniaga di dalam mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Pemantauan secara berkala akanĀ  dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan serta reaksi pengunjung, peniaga dan pekerja semasa perlaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung.

Pihak pengurusan pusat beli belah ini boleh berinisiatif dengan membuat pemantauan, rondaan serta pengumuman ingatan kepada pengunjung/pelanggan mereka bagi memastikan setiap SOP dipatuhi!

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut