Siaran Terkini : 29 Oktober 2026
PRESTASI PRODUKTIVITI BURUH MENGIKUT NEGERI, 2025
Terengganu
Terengganu mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh marginal iaitu 0.1 peratus pada tahun 2025 berbanding 3.6 peratus pada tahun 2024, dengan nilai ditambah per penduduk bekerja pada RM108,193 seorang (2024: RM108,135 seorang). Sektor Perkhidmatan turut mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh yang positif 1.9 peratus (2024: 1.5%) manakala Pertanian bertumbuh secara sederhana kepada 1.1 peratus (2024: 6.0%). Walau bagaimanapun, sektor Pembuatan, Pembinaan dan Perlombongan dan pengkuarian masing-masing mencatatkan penguncupan 1.3 peratus (2024: 5.2%), 5.1 peratus (2024: 18.7%) dan 5.1 peratus (2024: 11.0%).
Rujuk pautan www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/labour-productivity-by-state2025 untuk perincian negeri-negeri lain.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



