Siaran Terkini : 28 Oktober 2026
Gambaran Keseluruhan
Eksport di 11 negeri meningkat dengan jumlah peningkatan
RM77.4 bilion pada September 2026
Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026.
Jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026 berjumlah RM396.5 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM215.1 bilion dan RM181.4 bilion. Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama, menyumbang 52.6 peratus, diikuti oleh Johor (17.5%), Selangor (11.7%), Sarawak (5.3%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.3%). Pulau Pinang juga mencatatkan bahagian terbesar dalam jumlah import Malaysia, iaitu 35.3 peratus, diikuti oleh Johor (24.2%), Selangor (19.5%), W.P. Kuala Lumpur (6.8%) dan Kedah (4.3%).
Eksport Malaysia bernilai RM215.1 bilion pada September 2026, meningkat RM75.9 bilion (+54.5%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport didorong oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM55.5 bilion), Johor (+RM10.2 bilion), Selangor (+RM4.1 bilion), Sarawak (+RM3.5 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM2.1 bilion), Negeri Sembilan (+RM707.7 juta), Perak (+RM641.8 juta), Pahang (+RM297.7 juta), W.P. Labuan (+RM133.1 juta), Kedah (+RM73.5 juta) dan Kelantan (+RM61.2 juta).
Walau bagaimanapun, eksport menurun di Perlis (-RM20.1 juta), Melaka (-RM91.7 juta), Terengganu (-RM383.3 juta) dan Sabah (RM459.1 juta).
Import Malaysia meningkat sebanyak RM62.6 bilion (+52.7 peratus) pada September 2026 berbanding bulan yang sama pada tahun 2025. Peningkatan ini didorong oleh import yang lebih tinggi ke Pulau Pinang (+RM37.2 bilion), Johor (+RM15.2 bilion), Selangor (+RM5.6 bilion), Kedah (+RM2.1 bilion), Perak (+RM870.4 juta), Pahang (+RM574.1 juta), Sarawak (+RM521.4 juta), Negeri Sembilan (+RM374.9 juta), Melaka (+RM134.0 juta), Terengganu (+RM101.4 juta), W.P. Kuala Lumpur (+RM85.8 juta), Sabah (+RM39.1 juta), Kelantan (+RM16.3 juta) dan W.P. Labuan (+RM14.3 juta).
Namun begitu, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan penurunan import, dengan pengurangan sebanyak RM53.1 juta.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



