Menurut Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, kes keracunan makanan sering berlaku akibat kegagalan membezakan cendawan liar beracun dengan jenis yang boleh dimakan. Spesies beracun yang paling kerap mengelirukan masyarakat ialah Chlorophyllum molybdites (Cendawan Payung Palsu). Rupa bentuknya sangat menyerupai Cendawan Busut(Termitomyces) yang selamat dimakan, terutamanya sewaktu masih muda dan bulat putih.
Toksin di dalam cendawan beracun ini bersifat stabil dan tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi. Jika termakan, mangsa boleh mengalami gejala akut dalam tempoh satu hingga tiga jam seperti loya, muntah berterusan, sakit perut melampau, cirit-birit, malah boleh mengakibatkan kegagalan organ yang membawa maut.
Sebagai langkah pencegahan, pihak PKKM menasihati orang ramai agar mengamalkan prinsip “Perhati & Pilih”. Sentiasa elakkan daripada memetik atau memakan sebarang cendawan liar yang tumbuh di persekitaran rumah. Ingat, jika ragu-ragu, jangan petik dan jangan makan.
Kenal pasti ciri-ciri 𝗖𝗲𝗻𝗱𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝘂𝘀𝘂𝘁 yang sebenar:👇
- 𝗧𝗼𝗽𝗶/𝗣𝗮𝘆𝘂𝗻𝗴: Berbentuk payung, berwarna putih, kelabu, atau keperangan dengan permukaan yang licin.
- 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶: Mempunyai tangkai yang tegap dan panjang.
- 𝗔𝗸𝗮𝗿: Keunikan utamanya mempunyai akar yang panjang menjalar ke dalam tanah
- 𝗦𝗮𝗶𝘇: Boleh tumbuh dalam saiz yang agak besar
Kalau betul yakin morfologinya tepat, baru boleh petik. Tapi kalau ragu-ragu…elok janganla dipetik dan dimasak.Jangan risikokan kesihatan diri anda dan keluarga❕
⚠️ Ingat, kalau ragu-ragu, JANGAN PETIK! 🚫
“Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama”
#PKKM
#KKM
#CendawanBeracun
#PerhatiDanPilih
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Sumber:
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, JKNT
https://www.facebook.com/jkntrg
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
https://www.facebook.com/bkkmofficial



