Istilah, “๐ฏ๐ถ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น, ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐๐ฎ” adalah prinsip teras yang menentukan integriti dan kualiti budaya kerja. Amalan membiarkan kesalahan terus berlaku semata-mata kerana ia telah menjadi kebiasaan atau dilakukan oleh majoriti warga kerja merupakan ancaman besar kepada profesionalisme. Sikap tidak ambil pusing ini bukan sahaja merendahkan piawaian kerja, malah berpotensi merosakkan standard operasi serta merosotkan kepercayaan pihak luar terhadap reputasi organisasi secara keseluruhan.
Organisasi yang teguh dibina atas kerangka Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara yang jelas bagi memastikan kecekapan serta ketelusan. Patuh kepada prosedur bukanlah satu pilihan, melainkan satu kewajipan yang perlu dihormati oleh setiap peringkat warga kerja. Apabila tugasan dilaksanakan mengikut garisan panduan yang betul, risiko kesilapan dapat diminimumkan, kawalan kualiti terjamin, dan akauntabiliti dapat ditegakkan dalam setiap proses kerja yang dijalankan.
Paling utama, penguatkuasaan dan pematuhan kepada prosedur tidak boleh mengenal kasta, jawatan, atau kedudukan. Sama ada seorang pengurusan tertinggi mahupun kumpulan sokongan, “๐๐ฎ๐ธ ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฝ๐๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ”, semua wajar tertakluk kepada standard dan peraturan yang sama. Apabila kepimpinan dan setiap ahli organisasi menunjukkan teladan dengan mempertahankan nilai integriti tanpa kompromi, budaya kerja yang saksama, beretika, dan cemerlang dapat dilahirkan secara mampan.
Sumber :Facebook Institut Integriti Malaysia



