Inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma melalui ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป (๐๐ฆ๐ฃ) ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ข merupakan langkah proaktif yang amat bermakna dalam menjaga kebajikan pekerja berumur 40 hingga 59 tahun. Peralihan kepada sistem digital tanpa baucar menerusi Aplikasi SEHATi bukan sahaja memudahkan proses semakan kelayakan dan pengurusan janji temu, malah membuktikan komitmen PERKESO dalam memodenkan perkhidmatannya. Langkah ini memastikan setiap pencarum aktif di bawah Skim Keilatan dapat melepasi halangan birokrasi dan menikmati kemudahan kesihatan ini dengan lebih lancar dan pantas.
Di samping program ini, terdapat juga organisasi yang mewujudkan keistimewaan khas dengan memperuntukkan kos pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan mereka. Usaha baik ini berupaya meningkatkan moral pekerja, memupuk budaya keprihatinan, serta menggalakkan penjagaan kesihatan kendiri di tempat kerja. Apabila majikan turut sama prihatin dalam kesihatan warga kerjanya, ia mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, berdaya saing, dan produktif secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan ๐ธ๐ฒ๐ถ๐๐๐ถ๐บ๐ฒ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป yang telah memenuhi syarat kelayakan tanpa sebarang diskriminasi. Prinsip keadilan ini penting kerana setiap pekerja, tanpa mengira jawatan atau peringkat, telah menyumbang tenaga dan masa kepada kejayaan organisasi. Pemberian faedah secara saksama bukan sahaja mencerminkan rasa hormat dan penghargaan terhadap sumbangan mereka, malah dapat mengukuhkan rasa sayang dan kesetiaan kakitangan terhadap organisasi. Kesihatan itu adalah milik semua.
Sumber :Facebook Institut Integriti Malaysia



