Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling menghormati dan ketua yang menghargai setiap usaha.
Tempat kerja yang harmoni mampu melahirkan pekerja yang lebih bersemangat, ikhlas dan komited dalam melaksanakan amanah.
Ingatlah, setiap orang bukan sekadar mahu menerima gaji, tetapi juga mahu dihormati, dipercayai dan dihargai atas usaha yang dicurahkan.
Gaji membuatkan kita datang bekerja, tetapi penghargaan dan suasana yang positif membuatkan kita bekerja dengan sepenuh hati.
Jadilah rakan sekerja yang menyenangkan, ketua yang menghargai dan insan yang membawa kebaikan kepada orang di sekeliling.
Kerana apabila hati gembira, kerja terasa lebih bermakna. Apabila diri dihargai, kesetiaan tumbuh dengan sendirinya.
Sumber :Bahagian Agama& Kaunseling BAKA JIPS PDRM



