KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA, TAYAR MENJADI RISIKO!

Jalan basah, tayar bermasalah — risiko kemalangan meningkat!

Tayar merupakan komponen penting yang menentukan cengkaman dan kestabilan kenderaan, khususnya ketika memandu di jalan yang licin. Tayar yang haus, botak, retak atau mempunyai tekanan angin yang tidak sesuai boleh menjejaskan kawalan kenderaan serta meningkatkan risiko kemalangan.

Justeru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan aspek penyelenggaraan tayar dengan mengambil langkah berikut:

✅ Periksa keadaan dan bunga tayar secara berkala.

✅ Pastikan tekanan angin tayar mengikut spesifikasi pengeluar.

✅ Gantikan tayar yang haus, botak atau retak.

✅ Kurangkan kelajuan dan tingkatkan jarak selamat ketika hujan atau melalui jalan basah.

Ingat, jangan tunggu tayar rosak baru hendak bertindak. Penyelenggaraan yang baik bukan sekadar menjaga kenderaan, malah melindungi nyawa diri sendiri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Tayar sihat, perjalanan selamat. Utamakan keselamatan, jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab!

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) dengan menyertakan butiran pengadu dan aduan.

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Terengganu untuk sebarang informasi terkini. Like, Share & Repost. Bantu selamatkan nyawa semua.

#SatuSuaraSerataRata

#MOTMalaysia

#JPJ2026

#JPJMalaysia

#infoJPJ

#aduanJPJ

#soalanJPJ

#viralJPJ

#PanduCermatSampaiSelamat

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

#jpjterengganumemacu

Artikel/Berita Terkini

AKPS PERKENAL HOLOGRAM DI KLIA TERMINAL 1, BANTU PENGEMBARA DAPATKAN MAKLUMAT KETIBAAN

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membangunkan teknologi hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa …

KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA, TAYAR MENJADI RISIKO!

Jalan basah, tayar bermasalah — risiko kemalangan meningkat! Tayar merupakan komponen penting yang menentukan cengkaman dan kestabilan kenderaan, khususnya ketika …

JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN ATAS/UPPER RESPIRATORY TRACT INGECTION (URTI)

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, …