MAN FLU: MENGADA ATAU MEMANG SAKIT

Suami yang biasanya kuat, banyak cakap, angkat tong gas sorang-sorang. Tiba-tiba demam sikit. Terus berselimut tebal sampai nampak kepala je. Suara bertukar perlahan. “Sayang… ambilkan air…”Isteri tengok, geleng kepala. “Demam 37.8 je pun.”Kat internet, ini dah ada nama: Man Flu. Selalunya digunakan untuk perli lelaki yang konon terlebih drama bila sakit. Tapi tahukah anda, ada doktor yang betul-betul kaji perkara ni? Pada tahun 2017, Dr. Kyle Sue dari Memorial University of Newfoundland, Kanada, menerbitkan kajian semula dalam jurnal BMJ bertajuk “The science behind man flu”.

Dapatannya:

  • Lelaki dewasa lebih berisiko dimasukkan ke hospital akibat influenza berbanding wanita sebaya.
  • Kadar kematian berkaitan influenza juga lebih tinggi dalam kalangan lelaki.
  • Ada bukti sistem imun lelaki mungkin bertindak balas kurang kuat terhadap sesetengah jangkitan virus pernafasan.

Maksudnya, dalam sesetengah kes, lelaki mungkin memang rasa lebih teruk. Bukan semata-mata mengada.Tapi Dr. Sue sendiri tekankan: kajian lebih berkualiti masih diperlukan. Jadi ini bukan lesen untuk suami baring tiga hari minta disuap.

Untuk isteri:

  1. Bezakan demam biasa dengan tanda bahaya: sesak nafas, sakit dada, demam tinggi lebih 3 hari, keliru atau terlalu lemah. Yang ni, terus ke klinik.
  2. Pastikan dia cukup air dan rehat.
  3. Sedikit simpati pun dah cukup. Suami yang dijaga masa sakit, ingat sampai bila-bila.

Untuk suami:

  1. Ambil vaksin influenza kalau anda dalam kumpulan berisiko.
  2. Jangan tunggu teruk baru jumpa doktor.
  3. Bila dah sihat, ingat siapa yang jaga anda. Bawa dia makan.

Sakit lelaki mungkin betul. Tapi penat isteri yang jaga pun betul.

Tag tak perlu. Cukup tunjuk post ni pada pasangan anda.

Sumber:publichealthmalaysia

Artikel/Berita Terkini

10 DITAHAN, KOMPAUN DAN RAMPASAN CECAH RM269,439 DI KUNAK

OPERASI: Pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan di kawasan setinggan dalam Operasi Gasak Laut dan Operasi Bersepadu di Kunak. KUNAK: Seramai 10 …

MAN FLU: MENGADA ATAU MEMANG SAKIT

Suami yang biasanya kuat, banyak cakap, angkat tong gas sorang-sorang. Tiba-tiba demam sikit. Terus berselimut tebal sampai nampak kepala je …

PEMERKASAAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) SEBAGAI BENTENG KESELAMATAN KOMUNITI MELALUI PENYERTAAN GOLONGAN MUDA

Dalam meniti arus pemodenan yang semakin mencabar, isu keselamatan kawasan kejiranan sering menjadi topik perbincangan utama dalam kalangan masyarakat. Keselamatan …