OPERASI MELAKA RIVER CRUISE BERPINDAH SEMENTARA KE JETI PENGKALAN RAMA BERMULA 2 NOVEMBER

Duyong – Operasi Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah akan dipindahkan sementara ke Jeti Pengkalan Rama bermula 2 November ini bagi memberi laluan kepada kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan kemudahan jeti berkenaan.

Pemindahan operasi itu dijangka berlangsung sehingga 1 Mac 2027, iaitu tempoh yang disasarkan bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan diselesaikan sebelum operasi kembali ke lokasi asal.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Shaharul Azuar Idris berkata, pemindahan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian dapat dijalankan dengan lancar tanpa menghentikan perkhidmatan pelayaran sungai yang menjadi antara tarikan pelancongan utama negeri ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, semua urusan menaiki dan menurunkan penumpang Melaka River Cruise akan dikendalikan sepenuhnya di Jeti Pengkalan Rama.

“Pemindahan sementara ini perlu bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan di Jeti Taman Rempah, selain memastikan perkhidmatan Melaka River Cruise dapat diteruskan untuk kemudahan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan PPSPM berharap orang ramai, khususnya pelancong yang merancang menaiki Melaka River Cruise, mengambil maklum perubahan lokasi operasi itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Shaharul Azuar berkata, pihaknya turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pemindahan operasi berkenaan dan menghargai kerjasama serta sokongan pengunjung.

Pengunjung yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi PPSPM menerusi talian 06-281 4322 atau 06-281 4323.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?Keganasan rumah tangga bukan perkara yang boleh dipandang ringan atau didiamkan begitu sahaja kerana setiap individu berhak …

SEMAK MULE: LANGKAH AWAL MEMPERKUKUH KESELAMATAN KEWANGAN DAN MEMBANTERAS PENIPUAN

Kemajuan teknologi digital memudahkan urusan harian masyarakat, namun pada masa yang sama membuka ruang kepada peningkatan jenayah penipuan dalam talian …

PERMAINAN WANG KUTU: WASPADA RISIKO PENIPUAN DEMI KESELAMATAN KEWANGAN

Permainan wang kutu sering dianggap sebagai kaedah mudah untuk mengumpulkan wang secara bergilir-gilir dalam kalangan keluarga, rakan sekerja dan kenalan …