MYLAPOR: PERKASA AKTA 852

Suara anda, tanggungjawab bersama!

Kini, pelaporan kesalahan berkaitan produk merokok menjadi lebih mudah dengan kemudahan MyLapor dalam aplikasi MySejahtera.

Melalui kemudahan ini, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan pelanggaran Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Nampak kesalahan? Jangan berdiam diri! Gunakan MyLapor untuk menyalurkan aduan anda.

Bersama kita memainkan peranan dalam melindungi kesihatan masyarakat dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.

Pastikan aplikasi MySejahtera anda dikemas kini dan manfaatkan kemudahan MyLapor sekarang!

Menerusi MyLapor, orang ramai boleh mengemukakan aduan melalui aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor atau mengakses pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public tanpa perlu bersemuka dengan individu yang melakukan kesalahan.

Setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

RAHMAH DENGAN ALAM SEKITAR

Konsep rahmah terhadap alam sekitar bermaksud mengasihi, menyayangi, serta memelihara bumi dan segala isinya sebagai satu bentuk tanggungjawab moral dan …

MEMBINA EKOSISTEM SEKOLAH YANG SELAMAT

Membezakan konsep sekolah selamat memerlukan pendekatan holistik yang melangkaui pagar fizikal dan pengawal keselamatan, dengan memberi penekanan kepada kesejahteraan mental, …

TERAPI SAUNA: MANFAAT FISIOLOGI, KESEJAHTERAAN MINDA, DAN GARIS PANDUAN KESELAMATAN

Amalan bersauna bukan sekadar rutin mengeluarkan peluh, tetapi merupakan satu terapi tradisional yang telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya bagi menyegarkan …