MyFOOD@WILAYAH

KUALA LUMPUR – Seramai 32,000 isi rumah miskin bandar di 67 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima manfaat menerusi inisiatif MyFood@Wilayah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif itu menyediakan bantuan bekalan makanan (bakul makanan) yang terdiri daripada barang keperluan harian asas bernilai RM50 seunit secara percuma dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.

Menurut beliau, pengagihan bakul makanan kepada kumpulan sasar itu dibuat secara berperingkat dengan kerjasama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), DBKL, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan Persatuan Penduduk di setiap zon.

“Projek rintis MYFood@Wilayah yang dilancarkan hari ini selaras dengan Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) di bawah Cakna Kemiskinan dalam agenda โ€˜Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatinโ€™ yang diperkenalkan kementerian bagi menyantuni keluarga berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar di WPKL.

“Selain itu, usaha itu bagi meringankan beban kos sara hidup golongan tersebut terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan pandemik COVID-19 selain menzahirkan keikhlasan daripada hati nurani warga KWP dan agensi kepada rakyat”

Terdahulu beliau hari melancarkan program berkenaan dan menyerahkan bantuan itu kepada seramai 706 penerima di PPR Kerinchi. Dalam pada itu, Annuar berkata, pemberian bakul makanan itu diharap dapat memberikan kelegaan kepada ketua keluarga yang hilang punca pendapatan bagi membantu mereka menghadapi kesukaran dalam menghadapi wabak COVID-19.

Katanya, kementerian serta diterajui agensi di bawahnya sentiasa mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan sebagai kelangsungan membantu golongan sasar yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan terutamanya di bawah program Kemiskinan Bandar iaitu lima inisiatif tambahan Wilayah Cakna seperti MYJob@Wilayah; MYMedic@Wilayah; MYSchoolBus@Wilayah; MYGrocer@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

 

Sumber: Astro Awani

Gambar ihsan daripada FB Kementerian Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut