PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG

Alor Gajah – Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah.
Program yang berlangsung di sekitar Bandar Alor Gajah dan Pekan Masjid Tanah itu turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, sebagai wadah mendekati masyarakat, menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan kalangan rakyat.
Aktiviti yang dijalankan adalah agihan Jalur Gemilang kepada pejabat kerajaan dan orang awam serta penggantian bendera yang telah lama, lusuh atau rosak dengan bendera yang baharu.
Aktiviti ini menjadi simbolik kepada usaha untuk memastikan Jalur Gemilang terus berkibar dengan penuh rasa bangga, di samping memupuk kesedaran masyarakat bahawa kecintaan kepada negara perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan seharian.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Melaka dan Pengarah Penerangan Negeri Melaka yang bersama-sama menyantuni masyarakat serta menyampaikan mesej berkaitan patriotisme, perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan Malaysia terus kekal aman, selamat dan sejahtera.
MKN Melaka

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG

Alor Gajah – Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …