JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DIARAH TANGGUH AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mengarahkan supaya semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019.

JPNS dalam kenyataan medianya memaklumkan, arahan itu susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 2.00 petang pada Ahad.

JPNS mengambil maklum situasi semasa jerebu yang melanda negara, khususnya di Negeri Sembilan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan JPNS.

Sehubungan itu katanya, semua pengetua dan guru besar diminta agar sentiasa cakna dan peka terhadap bacaan IPU semasa serta mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan tahap pencemaran udara.

Tambahnya, ia demi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …