1,257 PATI DITAHAN JIM TERENGGANU HINGGA 15 OGOS

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menahan seramai 1,257 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 334 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri dari Januari hingga 15 Ogos lalu.

Menerut Pengarah JIM Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor, sebanyak 4,884 warga asing diperiksa dalam operasi yang menyasarkan lokasi berisiko seperti tapak pembinaan, premis perniagaan, kawasan perladangan dan perumahan. Daripada jumlah tangkapan, 522 individu didapati tidak memiliki dokumen atau permit sah, 317 ditahan kerana tinggal lebih masa manakala 372 lagi atas kesalahan salah guna pas.

Selain itu, sebanyak 207 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan dengan kutipan kompaun mencecah RM2.887 juta. Seramai 727 individu telah didakwa di mahkamah, terdiri daripada 707 PATI dan 20 majikan yang mengambil atau melindungi PATI, dengan jumlah denda sebanyak RM602,000 direkodkan.

Sementara itu, operasi bersepadu di Bukit Besi pada 11 Ogos lalu memeriksa 99 warga asing dan menahan 49 individu terdiri daripada 24 warga Bangladesh, 17 Indonesia, tujuh Myanmar dan seorang India. JIM Terengganu akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri Terengganu.

 

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2026/08/31/warga-asing-terengganu-masuk-pukat/

Artikel/Berita Terkini

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MEMULAKAN KEHIDUPAN BAHARU

Setiap individu yang berdepan masalah penyalahgunaan dadah masih mempunyai peluang untuk berubah dan kembali menjalani kehidupan yang lebih baik. Proses …

PEMULIHAN DARIPADA KETAGIHAN DADAH BUKAN MUDAH, CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Proses pemulihan daripada ketagihan dadah bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kekuatan diri, sokongan berterusan serta usaha untuk kembali menjalani …

1,257 PATI DITAHAN JIM TERENGGANU HINGGA 15 OGOS

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menahan seramai 1,257 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 334 operasi penguatkuasaan yang dijalankan …