AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebanyak 18 unit dron digunakan bagi membolehkan pemantauan dilakukan sepanjang masa termasuk pada waktu malam.

Teknologi berkenaan membantu AADK mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mengesan individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemantauan itu akan dihantar ke bilik gerakan untuk tindakan penguatkuasaan, sekali gus membolehkan operasi dilaksanakan berdasarkan maklumat yang lebih tepat. Pemantauan menerusi dron telah membantu AADK mengenal pasti seramai 23,317 orang dalam senarai individu disyaki.

Penggunaan teknologi itu merupakan antara penambahbaikan AADK bagi memastikan tugas penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan, pantas dan berasaskan maklumat yang tepat.

 

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/08/aadk-tubuhkan-unit-dron-kukuh-pemantauan-hotspot-salah-guna-dadah/

Artikel/Berita Terkini

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH – RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …