SARUNG TANGAN PLASTIK, RISIKO BAHAN KIMIA BERPINDAH KE MAKANAN

Ramai menggunakan sarung tangan plastik ketika makan supaya tangan tidak berminyak.  Namun, bukan semua sarung tangan sesuai untuk bersentuhan dengan makanan.  Sarung tangan plastik boleh mengandungi pewarna, bahan pelembut dan bahan tambahan lain. Jika produk itu tidak food-grade, sebahagian bahan tersebut berpotensi berpindah atau leach ke dalam makanan.

Risiko migrasi boleh meningkat apabila:

  • Makanan masih panas.
  • Makanan sangat berminyak atau berlemak.
  • Sarung tangan digunakan terlalu lama.
  • Menggunakan sarung tangan vinyl atau PVC yang tidak diketahui spesifikasinya.
  • Sarung tangan berbau kuat, melekit atau mudah luntur.

Ini tidak bermaksud sekali menggunakan sarung tangan terus menyebabkan penyakit.  Namun, penggunaan berulang kali, terutama dengan sarung tangan murah tanpa label yang jelas, merupakan pendedahan yang sebenarnya boleh dielakkan.

Jika benar-benar perlu:

  • Pilih sarung tangan berlabel food-grade.
  • Semak kesesuaian untuk makanan panas dan berminyak.
  • Jangan gunakan sarung tangan industri, pembersihan atau perubatan secara sembarangan.
  • Tukar sarung tangan selepas menyentuh telefon, wang atau permukaan lain.
  • Jangan gunakan semula sarung tangan pakai buang.

Pilihan paling mudah untuk makan ialah mencuci tangan menggunakan sabun dan air mengalir.  Tangan bersih lebih baik daripada sarung tangan yang tidak diketahui bahan dan tahap keselamatannya.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …

KENALI TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu indikator yang membantu kita mengetahui tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Setiap tahap …

SCAM ALERT : APK SCAM – SATU KLIK BOLEH KOSONGKAN AKAUN ANDA

Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun aplikasi (APK) daripada pautan yang dihantar melalui SMS, WhatsApp atau media sosial …