24 WARGA CHINA DIHANTAR PULANG

USIR: Sebahagian PTI yang dihantar pulang ke negara masing-masing.

SEMPORNA: Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PTI) warga China dihantar pulang ke negara asal selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Semua PTI terbabit terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita dewasa yang dihantar pulang pada 7 Mei lalu selepas ditahan menerusi Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu di daerah ini pada 21 April lalu.

Dalam operasi berkenaan, seramai 45 individu diperiksa dengan 34 warga asing ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua PTI yang ditahan terdiri daripada 33 warga China membabitkan 30 lelaki dan tiga wanita serta seorang lelaki warga Pakistan.

Menurut kenyataan itu, semua individu terbabit disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Semua warga asing yang dihantar pulang turut disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini,” menurut kenyataan berkenaan.

JIM Sabah turut memaklumkan proses siasatan dan pendakwaan pada 4 Mei lalu di Mahkamah Sesyen Tawau membabitkan sembilan PTI warga China.

Enam lelaki warga China dituduh mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua wanita dan seorang lelaki lagi didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) peraturan sama.

“Enam PTI yang dituduh mengikut Peraturan 39(b) tidak mengaku bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah sehingga kes disebut semula pada 11 Jun depan.

“Tiga lagi PTI mengaku bersalah dan membayar denda bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, namun tiada jaminan diberikan mahkamah bagi kesalahan di bawah Peraturan 39(b),” katanya.

JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PTI serta memastikan undang-undang imigresen negara dipatuhi.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …