SUMBANGAN: Hajiji menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM sempena Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri ke ESSZONE di Dewan Perdana, Lahad Datu, hari ini.
LAHAD DATU: Kerajaan Sabah terus komited memperkukuh keupayaan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) dengan penggunaan teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan kestabilan negeri sentiasa terjamin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, langkah itu selari dengan kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menekankan pemodenan sistem keselamatan melalui penggunaan teknologi seperti dron, radar serta analisis data raya (big data).
Katanya, pendekatan berasaskan teknologi itu mampu mempertingkatkan kecekapan pemantauan serta mempercepatkan tindakan terhadap sebarang ancaman keselamatan di kawasan berkenaan.
“Seiring dengan SMJ 2.0, kita mahu agensi keselamatan memperkasakan penggunaan AI dalam operasi supaya sistem keselamatan bukan sahaja kukuh secara fizikal, tetapi juga dari segi digital,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah SMJ sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri ke ESSZONE di Dewan Perdana, di sini, hari ini.
Hajiji menegaskan, aspek keselamatan merupakan asas utama dalam memastikan kelangsungan pembangunan ekonomi negeri serta menarik keyakinan pelabur ke Sabah.
Menurutnya, tanpa jaminan keselamatan yang kukuh, aktiviti ekonomi akan terjejas dan kesejahteraan rakyat turut terkesan.
“Kerajaan negeri akan memastikan pembangunan di kawasan ESSZONE dilaksanakan secara holistik dengan mengimbangi keperluan keselamatan, ekonomi dan sosial,” katanya.
Beliau berkata, sektor maritim dan Ekonomi Biru dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuhan baharu negeri yang melibatkan industri perikanan moden, pelancongan marin serta pembangunan bandar pesisir dan sempadan.
Katanya, Sabah yang mempunyai garis pantai melebihi 1,400 kilometer serta kedudukan strategik di Borneo dan Laut Sulu memerlukan pengukuhan keselamatan berterusan bagi memastikan potensi pembangunan dapat direalisasikan sepenuhnya.
“Pelabur hanya akan datang jika yakin keselamatan perairan kita terjamin. Sebab itu pengukuhan keselamatan amat penting,” katanya.
Dalam pada itu, Hajiji menegaskan tanggungjawab menjaga keselamatan bukan hanya terletak kepada pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama masyarakat setempat.
Beliau turut menggesa rakyat khususnya di kawasan ESSZONE supaya sentiasa peka dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
“Peranan komuniti amat penting sebagai rakan strategik kepada pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan terus terpelihara,” katanya.
Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa kebajikan anggota keselamatan akan terus diberi perhatian melalui kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk aspek perumahan, kemudahan dan logistik.
Program Lawatan Tinjauan Keselamatan itu, katanya, menjadi platform penting bagi menilai kekuatan serta kelemahan sedia ada sebelum penambahbaikan dilaksanakan bagi memperkukuh keselamatan E
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



