WASPADA PENEMUAN ULAT BULU LAUT DI PANTAI KAMPUNG MANGKUK, SETIU

Pejabat Perikanan Negeri Terengganu membuat hebahan khususnya para pengunjung pantai, berhubung aduan penemuan ulat bulu laut di sekitar kawasan Pantai Kampung Mangkuk, Setiu baru-baru ini.

Susulan aduan tersebut, Pejabat Perikanan Daerah Setiu telah menjalankan pemantauan dan tinjauan di lokasi berkenaan pada 7 April 2026. Meskipun hasil tinjauan pada tarikh tersebut tidak menemui spesies berkenaan, langkah berjaga-jaga adalah amat perlu memandangkan organisma tersebut boleh mendatangkan mudarat seperti yang dinyatakan di bawah.

Elakkan Sentuhan Langsung:

Orang ramai dilarang keras daripada menyentuh atau memegang ulat bulu laut tersebut. Spesies ini mempunyai bulu halus yang boleh menyebabkan kecederaan, kegatalan melampau, atau kesan terbakar pada kulit.

Pemakaian Kasut Sesuai:

Pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa memakai kasut air atau alas kaki yang sesuai semasa berjalan di kawasan pesisir pantai, kawasan berbatu, atau lopak air bagi mengelakkan kejadian terpijak secara tidak sengaja.

Pantau Kanak-kanak:

Pastikan aktiviti kanak-kanak di pesisir pantai sentiasa dipantau bagi mengelakkan mereka tertarik untuk bermain dengan hidupan yang tidak dikenali.

Pihak Jabatan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan risiko kemudaratan dapat dikurangkan.

 

Sumber: https://www.facebook.jabatanperikanan negeri terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …