Bila masuk kedai makan waktu perut tengah ‘berkeroncong’, semua benda nampak macam kayangan. Karipap gergasi, ayam golek pusing-pusing, semua kita borong. Tapi hati-hati, jangan sampai niat nak makan dengan nikmat, merana sudahnya.
Jadi, sebelum makan makanan yang dibeli, ingat 3 langkah mudah.
LIHAT: Tengok rupa makanan dulu. Jangan makan sekiranya nampak berlendir atau warna berlainan daripada biasa.
HIDU: Guna deria bau. Jangan makan sekiranya bau tidak enak dan kurang menyenangkan
RASA SEDIKIT: Rasa sikit menggunakan hujung lidah. J
angan makan jika ada rasa pelik dan basi Sayangi perut anda. Elakkan keracunan makanan.
#MalaysiaSihat
Kementerian Kesihatan Malaysia



