KONFLIK ASIA BARAT: MELAKA PERLU PERKUKUH DAYA TAHAN EKONOMI

Seri Negeri – Konflik yang sedang berlaku di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran telah mewujudkan suasana global yang semakin mencabar dan tidak menentu, di mana impaknya dirasai seluruh dunia termasuk Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata, impak itu memberi kesan kepada sektor perindustrian, logistik dan pelancongan negeri yang bergantung kepada kestabilan kos bahan api dan rantaian bekalan.

Tambah beliau, kesan daripada situasi ini turut dirasai melalui peningkatan kos import tenaga, tekanan terhadap kadar inflasi serta kenaikan kos operasi dalam sektor pengangkutan, pembuatan dan perkhidmatan, di mana ia secara tidak langsung memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat serta menuntut langkah mitigasi yang berkesan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Negeri dapat terus memperkukuh daya tahan ekonomi melalui kepelbagaian sumber ekonomi.

“Ini termasuklah mempertingkat kecekapan tenaga serta mempergiat penggunaan teknologi dan inovasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada faktor luaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Tambah Tun Dr. Mohd Ali, pada masa sama, bekalan makanan negeri perlu diurus dengan berkesan dan terancang, sekali gus memastikan rakyat melaka sentiasa mendapat bekalan makanan yang mencukupi, stabil serta pada harga yang berpatutan.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …