PEMANDU EV JUGA PERLU JADI PENGGUNA BERHEMAH

Satu isu semakin kerap dibangkitkan oleh komuniti kenderaan elektrik (EV) ialah penyalahgunaan petak pengecas. Terdapat kes di mana pengguna EV meninggalkan kenderaan terlalu lama selepas pengecasan selesai, sekali gus menghalang pengguna lain daripada menggunakan kemudahan tersebut.

Dalam konteks perjalanan jarak jauh, keadaan ini boleh menyebabkan barisan menunggu menjadi panjang, terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang hanya mempunyai beberapa unit pengecas.

Justeru, etika penggunaan kemudahan pengecas EV perlu dipupuk dalam kalangan semua pengguna jalan raya. Petak pengecas seharusnya dianggap sama seperti pam minyak di stesen petrol.

Ia bukan tempat parkir biasa, tetapi kemudahan penting untuk memastikan kelangsungan perjalanan pengguna EV.

Dalam masa sama, pengendali lebuh raya dan penyedia perkhidmatan pengecas juga perlu terus memperluaskan rangkaian pengecasan serta meningkatkan kapasiti di lokasi strategik.

Model hab pengecas EV menempatkan lebih banyak pengecas di satu lokasi dijangka menjadi penyelesaian masa depan bagi mengelakkan kesesakan di stesen pengecas.

Pengguna EV juga digalakkan memanfaatkan pelbagai aplikasi mudah alih yang kini tersedia untuk merancang perjalanan. Aplikasi seperti PlugShare, ChargeEV dan JomCharge membolehkan pemandu mengenal pasti lokasi pengecas terdekat, status ketersediaan serta jenis pengecas ditawarkan.

Dengan maklumat masa nyata ini, pengguna EV boleh merancang hentian pengecasan dengan lebih efisien, sekali gus mengelakkan kesesakan atau pembaziran masa di lokasi pengecas sedang digunakan.

Pendidikan dan kesedaran awam perlu diperkukuh seiring dengan perkembangan teknologi EV. Walaupun kemudahan pengecas semakin bertambah, kejayaan ekosistem mobiliti elektrik tetap bergantung kepada sikap pengguna jalan raya.

Pemandu kenderaan konvensional perlu menghormati petak khas pengecas EV, manakala pengguna EV pula perlu mengamalkan disiplin dengan tidak meninggalkan kenderaan terlalu lama selepas pengecasan selesai.

Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, perjalanan jauh termasuk musim balik kampung bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, malah membantu mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah sistem pengangkutan lebih lestari dan mesra alam.

 

Sumber : https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2026/04/pemandu-ev-juga-perlu-jadi-pengguna-berhemah/

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …