WRUR ASAHAN: KETUA MENTERI SANJUNG JASA PESARA POLIS

Asahan – Payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus dirasai secara menyeluruh di segenap spektrum termasuklah kepada golongan pesara badan beruniform yang banyak menabur bakti kepada negara sebelum ini.

Sanjungan tinggi itu dirasai pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan apabila seramai 60 pesara polis diraikan pada program Hi-Tea Bersama Pesara Polis di Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selandar, di sini, hari ini.

Pada program itu, Ab Rauf meluangkan masa lebih 30 minit menyantuni pesara polis yang hadir, selain turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas jasa yang ditabur dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara selama ini.

Sementara itu, salah seorang pesara yang ditemui, Roslee Pilus, 65, menyatakan rasa bertuah apabila mendapat penghargaan daripada pemimpin tertinggi negeri.

Katanya, program santunan mesra seperti itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah meminggir atau melupakan golongan pesara.

“Kami rasa bersyukur, bertuah dan bangga apabila mendapat penghargaan daripada pemimpin tertinggi seperti ini.

“Malah dalam ucapannya, Ketua Menteri banyak bercerita mengenai sejarah, sekali gus menggambarkan dirinya mempunyai jiwa seorang pejuang walaupun bukan seorang yang bekerja dalam unit beruniform kerana hanya pejuang sahaja yang amat menghayati sejarah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …