KERAJAAN MADANI AMBIL LANGKAH AWAL TANGANI KRISIS TENAGA MERUNCING

Krisis tenaga global menjadi semakin parah dan pemulihannya dijangka akan mengambil masa panjang untuk dipulihkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam situasi yang sangat meruncing ketika ini, Malaysia masih bertahan meskipun hakikatnya situasi tersebut bukan lagi seperti biasa.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global. Kerajaan telah bertindak awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat bagi menampan impak krisis dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion.

Langkah itu diambil bagi memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter dan subsidi diesel terus disalurkan kepada golongan yang layak. Langkah tambahan turut diambil untuk menjamin bekalan tenaga dan mengawal penggunaan bahan api, termasuk pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April ini.

Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama.

Sumber: Blog Malaysia Madani

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …