VAKSIN SEBABKAN PENYAKIT AUTISM?

 Autism Spectrum Disorder (ASD) atau Autisme bukan dicipta oleh vaksin. Autisme adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antara faktor yang dominan ialah faktor genetik (kembar atau sejarah keluarga).

Faktor – faktor lain yang turut menyumbang adalah:

  • Ibu bapa yang berusia/tua
  • Ibu yang melahirkan anak pertama ketika umur 35 tahun ke atas atau ayah yang berusia 40 tahun ke atas
  • Masalah yang dihadapi ketika lahir (bayi pramatang, kecederaan pada otak bayi, proses kelahiran yang sukar dan lain-lain)
  • Ibu terdedah kepada toksin seperti racun serangga
  • Terdedah kepada logam berat ; raksa, kadmium, timah

Kondisi ASD ini selalunya boleh dikesan apabila berlaku perubahan ketara yang membezakan kebolehupayaan seseorang kanak-kanak itu berbanding yang lain, sebagai contoh lewat bercakap atau terdapat komen daripada guru di sekolah atau tadika yang sedar akan jurang komunikasi dan interaksi sosial yang berlaku.

 

Sumber :

https://www.facebook.com/search/top?q=public%20health%20malaysia

https://jiwadamai.com/2021/02/15/6-punca-autisme-yang-ibu-bapa-mungkin-tak-tahu/

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …