STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, FEBRUARI 2026 Siaran Terkini : 27 Mac 2026

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan W.P. Kuala Lumpur menyumbang 88.1 peratus daripada jumlah eksport pada bulan Februari 2026

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion.

Eksport bernilai RM131.0 bilion pada Februari 2026, meningkat sebanyak RM12.7 bilion (+10.8%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM21.2 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM198.1 juta) dan Perak (+RM108.1 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Selangor sebanyak RM3.4 bilion, Sarawak (-RM1.1 bilion), Melaka (-RM928.2 juta), Sabah (-RM743.7 juta), Kedah (-RM682.1 juta), Pahang (-RM505.9 juta), Negeri Sembilan (-RM442.0 juta), Kelantan (-RM225.3 juta), Johor (-RM197.0 juta), W.P. Labuan (-RM191.9 juta), Terengganu (-RM98.0 juta) dan Perlis (-RM14.0 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 47.1 peratus, diikuti oleh Johor (17.7%), Selangor (13.8%), Sarawak (5.9%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.6%).

Pada masa yang sama, import pada bulan Februari 2026 meningkat RM8.6 bilion (+8.2%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2025. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM9.3 bilion), Kedah (+RM1.2 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.0 bilion), Negeri Sembilan (+RM255.4 juta), W.P. Labuan (+RM140.4 juta), Perak (+RM35.9 juta), Terengganu (+RM6.8 juta) dan Perlis (+RM5.0 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Melaka sebanyak RM1.1 bilion, Sarawak (-RM645.3 juta), Selangor (-RM519.8 juta), Pahang (-RM472.2 juta), Sabah (-RM66.0 juta), Johor (-RM51.4 juta) dan Kelantan (-RM25.5 juta).

Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 29.3 peratus, diikuti oleh Selangor (23.5%), Johor (21.7%), W.P. Kuala Lumpur (8.4%) dan Kedah (5.4%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …