PROGRAM KOMUNITI SELAMAT DI JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Seksyen Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan dari Pusat Khidmat ADUN Sungai Puyu sebagai penceramah dan pempamer dalam memberi ceramah Program.
Dalam program ini, sebanyak 50 buah motosikal terlibat dengan pertukaran rantai motosikal yang ditaja oleh RK-M Malaysia.
✅ Program advokasi ini disampaikan secara ‘pocket talk’ memberi tumpuan khusus kepada aspek keselamatan perjalanan seperti :
– Memastikan dokumen-dokumen penting seperti lesen memandu, cukai jalan dan insurans kenderaan tidak tamat tempoh.
– Melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan kepentingan merancang perjalanan.
– Kepentingan pemakaian keselamatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
– Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
– Waspada terhadap gejala dan langkah-langkah pencegahan Microsleep.
✅ Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang perjalanan.
                                                                                                                                                                                         Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …