- Menyediakan kit kecemasan dalam kenderaan adalah sangat perlu bagi tujuan persediaan sekiranya berlaku kecemasan mahupun kerosakan pada kenderaan.
- Pastikan anda membuat pemeriksaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
- Ikuti panduan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya melalui infografik yang disediakan bagi memastikan perjalanan anda sentiasa selamat dan terjamin. Anda mampu mengubahnya!
- 12 Barang Penting Yang Perlu Ada Dalam Kenderaan Anda. Pastikan setiap perjalanan lebih selamat dengan kit kecemasan yang lengkap;
Pengecas telefon bimbit
Tukul Keselamatan Pelbagai Guna
Segi Tiga Keselamatan
Kabel Pelompat
Pemadam Api Kecil
Kit Pertolongan Cemas
Payung
Perkakas Pelbagai Guna
Air Botol
Lampu Suluh dan Bateri Tambahan
Tayar Simpanan dan Alat Penukar Tayar
Jaket Keselamatan Pembalik Cahaya
Ingat, kecemasan tidak dijangka, persediaan boleh menyelamatkan.
Sumber: FB Majlis Keselamatan Jalan Raya



