Air kelapa merupakan isotonik semulajadi yang menyerupai cecair badan manusia. Ia juga merupakan pilihan terbaik untuk memulihkan keseimbangan nutrient dan tenaga selepas seharian berpuasa berbanding air kosong.
Air kelapa juga mengandungi kalium, magnesium dan lasum yang tinggi untuk memulihkan keseimbangan badan dengan cepat. Di samping itu, ia juga membekalkan tenaga melalui gula semulajadi tanpa beban glimestik yang tinggi.
Oleh itu, tidak dapat disangkalkan bahawa air kelapa mampu memberi manfaat kepada semua terutama pada bulan Ramadhan.
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia



